Renungan.....

"orang yang lari dari kenyataan adalah orang yang pengecut"

" setiap yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah tetapi manusia mampu mengubahnya dengan usaha dan doa"

Sunday, May 24, 2009

exam.....datang dan pergi...

exam o exam.....kdg2 rasa cm menyusahkan jer...but we have to think +ve....hehehehe...brulah leh hepi....utk sem ni...aq ambik 5 paper....pra 2 paper, edu, pj n muzik....huhuhuhu...stkat ni....da dua yang lpas edu n pra-kognitif....akan dtg 25 smpai 27 hb mei 2009...ialah pra-kreativiti, pj n muzik.....huhuhuh..hrp2 x susahla....pastu....cuti...mula 29hb....sbnarnya xsbr nak blik umah...cuti....hehehe....cuti kali ni...3 minggu..cz t start sem bru ...sem 4.....tiket nak blik kpg dah beli....pkul 1130 jumaat 29hb.....n kepada kengkawan especially budak2 pra pismp ipgm 3.06 hrp2 korang study lek lok...n usaha...semoga kejayaaan bersama kita...n kita mendapat keputusan cemerlang...all d best to all of u....salam...

Saturday, May 23, 2009

buat renungan

Apa Ada Di Dalam Kaabah?
Zaman Nabi Muhammad s.a.w., di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy, tiang itu diguna untuk menyokong bumbungnya. Dua tiang sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga tiang di sebelah belakang. Tiang-tiang itu adalah tiang kayu.

Selepas pembinaan yang dilakukan Sultan Murad, cuma terdapat tiga batang tiang kayu. Tiang-tiang itu terletak di bahagian tengah Kaabah, setiap satu batang bergaris pusat lebih kurang 1.5 meter. Berwarna merah kekuningan. Satu daripada tiang itu berbentuk bulat dan dua lagi berbentuk empat persegi.

Sekitar tahun 1304 Hijrah (tahun 1884) tiang-tiang dalam Kaabah itu menjadi reput, dalam tahun 1314 Hijrah (tahun 1894) ia telah diperkuatkan dengan dibuat lengkungan kayu seperti bola di bahagian bawah setiap tiang itu yang terletak lebih kurang 1.5 meter dari lantai Kaabah. Antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter.




Terdapat sebuah tangga kayu yang dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung Kaabah. Di tangga itu telah dipasang dengan tirai kain sutera hitam yang dihiasi emas dan perak. Lantai dalam Kaabah dipasang marmah putih dan marmar merah. Dinding Kaabah juga dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.

Dalam Kaabah juga terdapat tirai sutera merah putih yang tertulis kalimah syahadah. Terdapat banyak lagi perkataan yang ditulis, tirai itu digunakan untuk menutup bahagian dalam bumbung Kaabah dan empat penjuru bahagian dalam dinding Kaabah.

Oleh kerana tirai itu dibuat semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan iaitu dalam tahun 1209 H (tahun 1789) maka dalam usia yang terlalu lama itu, warnanya menjadi seperti hijau dan kelabu.

Ada pelbagai jenis lampu berwarna-warni yang diletakkan di antara tiga tiang Kaabah. Lampu-lampu itu adalah hadiah-hadiah yang diberikan orang untuk Kaabah semenjak berkurun-kurun lagi. Terdapat sepasang kayu papan yang diletakkan pada dinding Kaabah, kayu itu berasal dari bahtera Nabi Noh. Terdapat sekeping marmar merah empat segi di sebelah sudut utara dalam Kaabah.

Antara barangan lain yang terdapat dalam Kaabah ialah barang tinggalan sejarah yang diletakkan di penjuru Iraqi, antara barangan itu termasuklah sepasang subang dipercayai kepunyaan Siti Maryam dan satu tanduk kibas.

Menurut kata Dr Muzammil Siddiqi [1] yang berpeluang masuk ke dalam Kaabah pada tahun 1998; Di dalam Kaabah ada: 3 tiang, antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter. Terdapat sebuah meja di tepi untuk letak benda seperti minyak wangi; ada 2 lampu seperti pelita tergantung dari siling; ruangnya boleh memuatkan lebih kurang 50 orang, tiada lampu elektrik iaitu tidak ada system pencahayaan elektrik, dinding dan lantainya daripada marmar kecuali ada sebuah bahagian yang dinamai “Rukhamat Humra”, tiada tingkap, satu pintu, dinding sebelah atas diliputi kain yang ada kalimah di atasnya. Bahagian atas dinding ditutup dengan kain warna hijau dihiasi dengan tulisan ayat al-Quran dengan tinta emas.

Perigi Harta Dalam Kaabah

Mengikut kajian dari Muhammad al-Azraqi, ada terdapat sebuah perigi tersangat dalam di dalam Kaabah yang digali oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Perigi itu terletak di sebelah kanan Kaabah. Di dalam perigi itu telah dimasukkan emas, perak dan permata yang dihadiahkan orang kepada Kaabah dalam jumlah yang agak banyak. Perigi tersebut kini berada di bawah lantai marmar bahagian dalam Kaabah.

[1] Beliau adalah bekas presiden Islamic Society of North America (ISNA) dan merupakan sahabat penulis buku ini. Sekarang menjadi ahli majlis shura ISNA dan majlis fiqh Amerika Utara.
________________________________________
Dipetik dari buku Membongkar Rahsia Kaabah, karya Azizan Ahmad. Pernah bekerja sebagai “Book Adviser” di TIMES and LIFE, sebuah penerbitan antarabangsa Amerika yang terkemuka dan di Strait’s Times Press. Penulis boleh dihubungi melalui e-mail: misai85@yahoo.com

Sunday, May 17, 2009

Hepi Teacher Day


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat Hari Guru Buat sahabat IPGM dan guru seluruh Malaysia

selamat berjaya


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Marah Kerana Sayang

"Orang tua zaman mak ayah kita, `garang` itu satu formula. Entah kenapa dengan anak-anak zaman sekarang, formula itu tidak menjadi. Tidak boleh marah-marah. Kena berlembut mengambil hati mereka. Pening akak memikirkannya," begitulah lebih kurang perkongsian buah fikiran yang dilontarkan oleh Kak Ina pada petang itu.

Kami yang masih belum berumahtangga hanya mendengar. Tidak tahu bagaimana hendak memberikan pendapat.


Marah Kerana Sayang

Selepas beberapa ketika, saya teringatkan dialog di atas. Mencuba-cuba mencari sebab mengapa formula itu tidak menjadi zaman kini.

Jika dahulu, pasti ramai antara kita yang pernah mendengar cerita tentang ibu bapa yang garang. Disebalik cerita-cerita itu, ibu bapa yang garang inilah mendidik anak-anak dengan baik sekali. Garangnya mereka, solat anak-anak terjaga. Garangnya mereka, anak-anak mendengar kata dan tidak berani melawan. Jauh sekali bercakap kasar mahupun biadab dengan orang tua. Begitulah garangnya orang tua zaman dahulu kala. Garang mereka mendidik. Garang mereka kerana sayang.

Hal yang sama turut kedengaran di sekolah-sekolah semasa zaman mak ayah kita. Guru-guru pada ketika itu garang yang amat! Tetapi entah kenapa, anak murid masih hormat. Guru yang garang inilah yang akhirnya akan paling dikenang! Guru garang, mengajarnya berkualiti. Mungkin disebabkan anak murid jadi takut andai gagal. Anak murid menjadi serius di dalam kelas kerana garangnya guru mereka. Atau mungkin kerana guru itu memang seorang guru yang jelas tanggungjawabnya mendidik anak bangsa. Guru garang dihormati dan paling diingati. Itu zaman mak ayah kita.


Marah Cara Moden

Zaman kini, zaman kita. Sudah menjadi fenomena biasa. Anak-anak akan bertindak liar, andai dimarahi. Hati mereka jadi keras dan melawan. Pantang dimarah, pasti merajuk. Manjakah anak-anak zaman sekarang?

Jika di sekolah, fenomena yang sama. Guru-guru yang garang masih wujud. Tapi entah kenapa, garangnya tidak menjadi. Jangankan dihormati, silap haribulan, guru itu dimarahi kembali.

Maaf tiada fakta, (saya perlu buat kajian mendalam ni, wah..nak jadi pakar motivasi kah?). Semuanya hanyalah beberapa pemerhatian semasa saya memikirkan persoalan diatas.
Mengapa agaknya garang era kini tidak menjadi? Marah tidak melahirkan hormat dan takut?

Ada satu perkara yang saya fikirkan, hanya satu fikiran. Kerana apa kita marah? Jika zaman dahulu kala, nilai-nilai kekeluargaan dan betapa eratnya silaturahim itulah yang membuatkan seorang ibu dan bapa marah. Kerana sayang pada anak-anak. Kerana ingin mendidik anak-anak.

Namun zaman kini, mengapa agaknya kita marah pada anak-anak?

Tekanan kerja yang tidak henti. Kepenatan mencari rezeki. Kurang masa beriadah bersama famili. Semua ini menyumbang kepada punca marah. Hidup yang menekan. Hati jadi kurang sabar. Maka, tidak mustahil andai kita memarahi orang lain (atau anak-anak dalam konteks artikel ini) adalah disebabkan oleh tekanan hidup. Kita marah bukan sebab sayang atau mendidik!


Entahlah, saya belum mempunyai anak sendiri. Anak menakan adalah. Cumanya, perasaan ini dapat saya kenal pasti apabila wujud perasaan marah. Samada marah terhadap orang di sekeliling, atau marah pada diri sendiri. Perasaan tidak puas hati ini kebanyakkannya wujud disebabkan oleh tekanan hidup. Bukan marah kerana Allah.


Kurang Masa Bersama, Dimarahi Pula

Secara psikologinya (tanpa merujuk mana-mana pakar, hanya teori sendiri, haha), seorang anak itu boleh sahaja dimarahi, mengakui kesilapannya dan menerima, andai mereka jelas kenapa mereka di marahi. Namun, kebanyakkan anak-anak zaman kini, keliru barang kali, apakah salah mereka. Sudahlah kurang masa bersama ibu bapa, apabila berjumpa, anak-anak terasa ingin bermanja, namun disangkakan mengada-ngada dan dimarahi pula.

"Mama, ajar Ain main games ni,"

"Mama penatlah sayang, esok sahaja ok?"

"Ala mama, esok mama tak ada juga"

"Mama kata esok, esoklah!"




Bingung, kenapa dimarahi...



Itu mungkin bukan marah yang biasa. Tapi bagi yang mendengar, itulah satu bentuk marah yang dilontarkan.

Jika di sekolah, guru yang marah, kadangkala dilihat dua kali lima perangainya dengan anak-anak murid. Seorang yang bertindak garang, haruslah punya kredibiliti supaya mereka dipandang tinggi. Andai guru yang garang sekadar ingin menunjukkan lagak, masuk kelas pon tidak...sukar bagi anak-anak murid menerimanya.

"Suruh kami berdisiplin, cikgu sendiri dua kali lima."


Marah Kerana Allah

"Orang muslim yang kuat imannya tidak mencintai sesuatu kecuali kerana Allah. Dan tidak pula membenci sesuatu, kecuali benci kerana Allah. Oleh kerana itu ia akan mencintai atau membenci sesuatu kalau Allah dan Rasul-Nya mencintai atau membencinya".

Ayat di atas dipetik dari sebuah kitab ‘PEDOMAN HIDUP MUSLIM' bab 7 Adab Bersaudara kerana Allah cinta dan benci kerana Allah.

Selalu kita mendengar ayat-ayat suka dan cinta kerana Allah. Mari kita fahamkan dan hayati pula makna BENCI KERANA ALLAH.

Benci menimbulkan rasa tidak puas hati lalu menimbulkan marah. Namun, kenapa kita benci? Mengapa kita membenci itulah akan menjawab persoalan mengapa kita marah. Andai kita benci sesuatu kerana ianya perkara yang turut dibenci oleh Allah dan Rasulnya, alhamdulillah.

Namun, andai kita benci disebabkan emosi. Benci memarakkan marah disebabkan oleh tekanan hidup, maka sama-sama kita muhasabah balik iman kita. Mungkin marah yang tidak kerana Allah inilah membuatkan insan-insan yang dimarahi tidak dapat menerima. Hati mereka tidak menjadi hormat dan takut, bahkan menjadi keras seperti batu.

Niat marah itu akan menimbulkan kesan pada orang yang dimarahi.


Kepentingan Niat

Jika berbicara tentang niat, saya amat gemar kisah ini. Kisah Saidina Ali, sepupu Rasulullah.
Saidina Ali dalam posisi menghunus pedang, siap membunuh orang musyrik itu. Apa yang terjadi kemudian? Orang musyrik itu meludah ke arah Saidina Ali. Saidina Ali menghentikan rencanya untuk membunuh orang musyrik tersebut.

"Aku tidak mahu membunuhmu bukan kerana Allah" begitu mungkin pemikiran Saidina Ali.
Pedang yang sama, orang yang sama. Saidina Ali bisa saja meneruskan untuk membunuh musuhnya. Akan tetapi, Saidina Ali adalah orang yang mulia. Sehingga memelihara betul niat di balik tindakannya. Membunuh kerana Allah adalah sebuah bentuk penghambaan kepada-Nya. Membunuh kerana amarah antara manusia adalah bentuk penghambaan atas hawa nafsu.

Niat akan membezakan nilai dari sebuah tindakan. Seseorang boleh saja melakukan tindakan yang sama (marah), akan tetapi dengan niat yang berbeza, maka nilai tindakannya pun berbeza. Tindakannya sama, nilai tindakannya berbeza.

Semua orang boleh marah-marah. Marah memudaratkan atau marah mengelokkan.

Justeru, marah kerana sayang?

Tuesday, May 12, 2009

Tuesday, April 28, 2009

Kejohanan Olahraga Tahunan IPGM KPI

Kejohanan Olahraga Tahunan IPGM KPI




kanan: rumah hijau, kiri : rumah oren


kanan : rumah merah, kiri: rumah biru


rumah kuning

rumah sukan yang dihias indah.....

hari ini 29 april, 2009. telah berlangsungnya satu kejohanan olahraga tahunan IPGM KPI. kejohanan telah bermula pada jam 745 pagi setelah ketibaan Tuan Pengarah IPGM KPI. kejohanan dimulakan dengan perarakan setiap rumah sukan dan seterusnya ikrar kejohanan. bermacam2 gaya dan perwatakan yang ditonjolakan oleh setiap perbarisan yang membuat perarakan. kdg2 agak kelakar dengan apa yang dilakukan diluar pemikiran kita. selain itu, rumah sukan juga dihias dengan begitu cantik sekali bagi mendapatkan kemenangan dan hadiah. saya juga turut menyertai perarakan tersebut. setelah selesai ikrar majlis dimulakan dengan acara bagi kaum hawa dan semua kaum adam diminta meninggalkan padang bagi menjaga mata...seterusnya pada jam 11, majlis bagi kaum adam pula dijalankan sehingga jam 130 ptg. kejohahanan turut diserikan dengan persenbahan ahli2 silat dari persatuan silat IPGM KPI sendiri. sungguh menakjubkan...majlis berakhir dengan jamuan dan bersurai.




ahli2 rumah saidina umar( rumah merah ) yang terlibat dalam perarakan rumah sukan.
_hidup merah_

The END